MyKontraktor adalah satu platform digital yang dibangunkan untuk memandu pemilik rumah membina, mengubahsuai, dan membaiki kediaman mereka, mengikut keperluan industri dan peraturan yang ditetapkan oleh undang-undang Malaysia bagi memelihara keamanan negara dan kemakmuran rakyatnya.

Menurut Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (Akta 520) 1994:

di bawah seksyen 25(1) -Tiada seorang pun boleh menjalankan atau menyiapkan, mengaku janji untuk menjalankan atau menyiapkan mana-mana kerja pembinaan atau mengaku dirinya sebagai kontraktor, melainkan jika dia berdaftar dengan Lembaga dan memegang suatu perakuan pendaftaran yang sah yang dikeluarkan oleh Lembaga di bawah Akta ini.

di bawah seksyen 29 – Mana-mana orang yang melanggar subseksyen 25(1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada sepuluh ribu ringgit tetapi tidak melebihi satu ratus ribu ringgit.

Di bawah Seksyen 30 (1) – Jika Lembaga mendapati bahawa kerja pembinaan sedang dijalankan atau telah disiapkan, atau telah diaku janji untuk dijalankan atau disiapkan oleh mana-mana orang yang tidak berdaftar dengan Lembaga di bawah Akta ini, Lembaga hendaklah melalui notis bertulis yang disampaikan kepada orang itu menghendaki orang itu untuk berhenti daripada memulakan atau meneruskan kerja pembinaanDi bawah Seksyen 29, boleh denda RM10k hingga RM100k jika sabit kesalahan

MyKontraktor cuba membantu anda mencari kontraktor yang boleh dipercayai, namun anda bertanggungjawab sepenuhnya untuk memastikan kontraktor yang dilantik adalah kontraktor yang berdaftar di bawah CIDB.

Lebih banyak panduan di MyKontraktor.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sila daftarkan akaun atau log masuk ke akaun anda.

Login / email
Password
Remember me

Sekiranya anda ingin daftar akaun, sila klilk link di bawah

Sila daftarkan akaun atau log masuk ke akaun anda.

Username:
Email:
Password:

Sekiranya anda sudah mempunyai akaun, sila klik butang log masuk.